Yamaha perkenal R1 Race

RASMI, Alex Rins Putuskan Kontrak Honda dan join Yamaha Musim depan

Yamaha Motor Co., Ltd. dengan sukacitanya mengumumkan pelumba ganti kepada seat Morbidelli iaitu Alex Rins. 

Beliau akan menyertai barisan pelumba pasukan kilang 

📷Alex Rins/MotoGP

Yamaha untuk musim MotoGP 2024 bersama Fabio Quartararo. 

Pelumba Sepanyol yang berpengalaman itu meraih banyak kemenangan perlumbaan kelas perdana dan kelas bawah (6x MotoGP, 4x Moto2, 8x Moto3, 18 kesemuanya) dan podium (18x MotoGP, 17x Moto2, 23x Moto3, 58 secara keseluruhan). 

Pengalamannya yang luas dan bakat yang tidak dapat dinafikan menjadi faktor tambahan membuatkan beliau layak dan dialu-alukan dalam barisan pelumba Yamaha. 

Berikutan kecederaan kaki Rins yang dialami dalam GP Itali 2023 Sprint, peminat MotoGP di seluruh dunia sangat menantikan beliau kembali beraksi. 

Beliau menjalani dua pembedahan dan sedang berusaha keras untuk pulih sepenuhnya.

Dengan pengalaman menunggang jentera Inline4, Rins merupakan pilihan yang tepat untuk Yamaha membangunkan jenteranya. 

Apakah mampu Yamaha memanfaatkan pengalaman tersebut daripada Alex Rins? Kita nantikan

Comments

Follow Us