- Get link
- X
- Other Apps
RIMBA ADVANTURE SDN. BHD. telah melancarkan siri kejuaraan GIVI RIMBA RAID TAMAN NEGARA 2023 pada 22hb Julai yang lalu. Ini adalah penganjuran edisi kali ke 8 dianjurkan yang mana acara ‘off-road ini’ akan bermula di Kuala Tahan, Pahang pada 31 ogos 2023 ini.
Seramai 270 peserta daripada pelbagai negara akan mengambil bahagian dalam kejuaraan ini. Kesemua peserta terdiri daripada 20 wanita dari 6 negara bersama 250 pesaing lelaki yang terdiri daripada 32 pasukan yang mengambil bahagian.
Kesemua peserta bakal mengharungi laluan sejauh 220km yang sangat mencabar mental dan fizikal termasuk jentera itu sendiri. Peserta juga akan melalui perjalanan di pinggir hutan hujan Taman Negara Kuala Tahan (National Park) yang berusia 130 juta tahun itu. Pasti ianya akan menguji daya ketahan jentera dan individu yang mengambil bahagian nanti.
Antara halangan yang bakal ditempuhi oleh peserta sepanjang laluan termasuklah 'Bukit Tobat', 'Cerun Neraka' dan 'Gerbang Keputusasaan'. Dengar nama laluan pun sudah mencabar, apatah lagi bagi peserta yang bakal mengharungi laluan ini nanti.
Untuk rekad seramai 99 peserta daripada 242 yang mengambil bahagian berjaya menamatkan cabaran pada edisi 2022, namun tahun ini dijangkakan 65% atau lebih peserta akan menamatkan cabaran ini.
Acara ini juga bertujuan bagi mempromosikan keindahan hutan hujan Malaysia di mata dunia dan disamping menaik taraf ekonomi setempat amnya dan Malaysia khususnya.
3 kategori yang akan di pertandingkan dalam GIVI RIMBA RAID TAMAN NEGARA 2023 iaitu:-
• MasterClass A – Motosikal pengembaraan/dwiguna (siries production) dengan pelbagai enjin silinder dan anjakan melebihi 1000cc. Contohnya termasuk: BMW R1250GS, Honda CRF1100L Africa Twin, KTM 1290 Adventure R.
• Kelas B – Motosikal Pengembaraan/Dwiguna (siries production) dengan pelbagai silinder enjin dan sesaran antara 250cc dan 999cc. Contohnya termasuk: Aprilia Tuareg 660, KTM 790/890 Adventure, Yamaha Ténéré 700.
• Kelas C – Motosikal pengeluaran siri silinder tunggal 250cc dan ke atas. Contohnya termasuk: KTM EXC 250, Suzuki DR800, Honda CRF250, Husqvarna 701.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment