Sambutan Kemenangan 24 Hours Le Mans di Monza


Pada bulan Jun yang lalu, edisi yang ke-91 24 Hours Le Mans dimenangi oleh pasukan Ferrari setelah kali terakhir memenanginya pada 50 tahun lepas. 

Pasukan F1 Ferrari akan menampilkan livery istimewa pada jentera mereka di Monza sebagai tanda sambutan kemenangan pasukan itu di Le Mans. 

Wartawan F1 Itali Giuliano Duchessa telah memuat naik satu ciapan di laman Twitter, “SF-23 akan disalut dengan livery khas di Monza sebagai tanda penghargaan meraikan kemenangan di 24 Hours Le Mans. "

Pada hari bersejarah itu, Charles Leclerc turut berada di litar itu dan beliau pernah berkata bahawa beliau juga ingin memenangi perlumbaan Le Mans dengan memandu hypercar pada satu hari nanti. 

Teruskan Bersama Two Wheels..!

 

Comments

Follow Us