Suzuki V4 di MotoGP


Semenjak Suzuki memutuskan untuk tidak lagi bersaing di Kejohanan MotoGP bermula penghujung musim lalu, rindu menyaksi jentera ini beraksi di litar amat dirasai oleh peminat-peminat di dunia kerana ini bukanlah kali pertama Suzuki meninggalkan arena MotoGP. Kali pertama mereka meninggalkan arena MotoGP adalah pada penghujung musim 2011 dengan jentera lagenda GSV-R XRG2 800cc. 

Tahukah anda GSV-R merupakan jentera lumba prototaip V4 dari Suzuki? Ya, ia merupakan jentera lumba 225hp bernadikan enjin V4. Model GSV-R V4 mula diperkenalkan didalam saingan MotoGP pada tahun 2002 dengan kod XRE0. XRE0 menggunakan enjin V4 pertama dari Suzuki yang mempunyai 60 darjah sendeng. Enjin ini berjajaran 990cc dan menggunakan sistem DOHC bagi injap enjin. Enjin ini ditingkatkan pada tahun 2003 dengan kod XRE1 iaitu dengan 65 darjah sendeng dan rekabentuk enjin ini kekal sehingga tahun 2007.

Menjelang tahun 2007, peraturan baru menetapkan enjin V4 perlu diubah kepada 800cc dan sejajar dengan peraturan ini, Suzuki mula memperkenalkan sistem ‘pneumatic air control’ keatas injap DOHC enjin mereka.

Pelumba Pasukan Ducati didalam Kejohanan WorldSBK, Alvaro Bautista merupakan antara pelumba Pasukan Suzuki di zaman V4. Beliau beraksi bersama Loris Capirossi dan John Hopkin pada tahun 2010 hingga 2011.

Penarikan Suzuki dari arena MotoGP semestinya mengejutkan semua pihak namun adakah mereka akan kembali pada masa hadapan dengan jentera serba baru bernadikan enjin V4 1000cc? Sama-sama kita nantikan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us