Yamaha perkenal R1 Race

Tempat Pramac diisi Marc?


Sebaik sahaja Johan Zarco disahkan keluar daripada kem Ducati pada musim hadapan dan berhijrah ke kem Honda maka gossip liar kuat mengaitkan perpindahan Marc Marquez ke pasukan satelit Ducati itu.

Terbaru, orang besar Ducati telah ditanya berkenaan cerita yang mengaitkan antara Pramac Racing dan Marc tersebut lalu dijawab jelas oleh Gigi Dalligna bahawa beliau tidak berfikir pun bahawa Marc akan memacu Ducati.

Dengan maksud lain Gigi menegaskan bahawa tiada perjumpaan yang berlaku antara pihak mereka dengan juara dunia 8 kali itu apatah lagi bercakap soal kontrak.

Pun begitu Gigi tidak menolak bahawa perkara tersebut boleh terjadi memandangkan dunia MotoGP sekarang yang agak aneh dan sukar dijangka.

Comments

Follow Us