- Get link
- X
- Other Apps
Seperti yang kita sedia maklum, KTM kini berdepan dengan masalah untuk menempatkan 5 pelumba didalam 4 slot sedia ada di pasukan MotoGP mereka. Perbincangan dengan Dorna serta Pasukan LCR Honda dan Gresini kini menemui jalan buntu.
Carmelo Ezpeleta selaku CEO Dorna telah menyatakan pendirian beliau untuk tidak membuka sebarang slot tambahan kepada penyertaan pasukan satelit di MotoGP dan hanya bersetuju untuk menyediakan dua slot tambahan kepada pengeluar seperti BMW atau Kawasaki jika mereka ingin menyertai kejohanan MotoGP musim hadapan.
Tidak terhenti disitu, Pit Beirer masih optimis untuk mendapatkan slot tambahan musim hadapan dan dikhabarkan beliau akan berusaha sekali lagi untuk berbincang dengan Dorna pada penghujung minggu ini sempena AustrianGP.
Adakah keputusan untuk menempatkan Pedro Acosta di kancah MotoGP adalah keputusan yang tergesa-gesa oleh KTM tanpa memikirkan slot tambahan yang sukar untuk diperolehi? Apakah yang akan ditawarkan oleh KTM kepada Dorna agar mereka dapat membuka mata kepada slot tambahan MotoGP di grid musim depan? Sama-sama kita nantikan.
Teruskan bersama Two Wheels..!
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment