TPMS memantau tekanan udara tayar


Setiap pasukan yang bersaing didalam kejohanan MotoGP pasti mencari ruang dan peluang agar mendapat kelebihan ketika perlumbaan berlangsung, walaupun kadang kala kelebihan tersebut amatlah sedikit.

Sebelum ini tekanan angin tayar jentera-jentera MotoGP akan diukur secara manual iaitu sebelum sesi bermula dan setelah tamat sesi agar julat tekanan tayar tersebut berada didalam tahap yang dibenarkan. Walaupun masih didalam julat yang dibenarkan, sesetengah pasukan akan menetapkan kadar tekanan tayar yang paling optimum bagi jentera mereka agar ia dapat memberi kelebihan ketika perlumbaan.

Kini alat khas TPMS (Tyre Pressure Measurement System) dipasang terus ke rim jentera perlumbaan setiap pasukan agar pasukan serta steward perlumbaan dapat memantau tekanan angin tayar sebilang masa. Setiap data yang dikumpul oleh TPMS akan dihantar bersama data-data jentera ke paparan telemetri di pusat kawalan dan paddock pasukan sebagai tujuan pemantauan serta analisa oleh penganjur dan jurutera pasukan.

Sebelum ini Dorna serta FIM telah mengumumkan bahawa sistem baru ini akan mula digunakan menjelang BritishGP yang bermula dari semalam namun pihak penganjur telah menunda penggunaan TPMS bagi setiap pasukan dan inya hanya akan mula diwajibkan menjelang CatalanGP.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us