Tunggu Mir untuk tujuan pemantauan - Marc

📷Box Repsol

Semalam, sangat sadis apabila kita dapat melihat jentera dari Jepun kesemuanya tamat di tempat ke 15 dan keatas. 

Paling menyedihkan lagi skuad Honda yang masing-masing tamat di tempat ke P17(Mir), P18 (Marc), P20 (Taka) dan P22 (Iker). 

Lebih menarik adalah komen Marc Marquez pasca perlumbaan semalam yang menyatakan beliau sengaja menunggu dan membiarkan Joan Mir memintasnya. 

Sebab utama beliau melakukan sedemikian adalah bertujuan untuk memantau keadaan jentera RC213V dari belakang ketika perlumbaan bagi memastikan masalah yang mungkin boleh diatasi oleh Honda. 

Beliau pada awalnya cuba untuk bersaing di hadapan dan push namun beliau merasakan Jentera Honda ketinggalan banyak di bahagian akselerasi (pickup) ketika keluar daripada selekoh. 

“Saya nampak Mir di belakang dan saya menunggunya untuk dia memintas saya” ungkapnya. 

Marc berkata Jentera Honda kini kurang pickup kerana ketika beliau mengikuti Mir, beliau dapat mengekori rakan pasukannya itu sampai penamat tetapi ketika beliau ingin mengekori jentera lain, Jenteranya ketinggalan selepas selekoh  

Honda kini sangat bergelut dan kita dapat lihat kesemua pelumbanya tidak dapat yakin menunggang jentera tersebut. 

Comments

Follow Us