- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
📷Yamaha MotoGP |
Yamaha Motor Co., Ltd. mengumumkan bahawa Monster Energy Yamaha MotoGP dan Franco Morbidelli akan berpisah selepas musim MotoGP 2023.
Yamaha mengumumkan bahawa perjalanannya dengan Franco Morbidelli akan dihentikan pada penghujung 2023 apabila Morbidelli akan beralih kepada cabaran perlumbaan baharu.
Sejak Morbidelli menyertai Yamaha pada 2019, pelumba Itali itu meraih 6 podium. 3 daripadanya kemenangan, 1 tempat kedua dan 2 tempat ketiga. Beliau juga telah meraih dua pole position dan merupakan Naib Juara Dunia MotoGP pada 2020.
Selepas berehat seketika akibat kecederaan lutut pada musim 2021, Morbidelly membuat kemunculan semula di GP San Marino sebagai sebahagian daripada Pasukan Lumba Kilang Yamaha. Secara keseluruhan dia bertanding 74 GP sebagai pelumba Yamaha setakat ini.
Yamaha Motor Co., Ltd., Yamaha Motor Racing, dan Monster Energy Yamaha MotoGP Team amat berterima kasih atas sumbangan Morbidelli, motivasi yang tidak pernah berkurangan, dan pemikiran positifnya. Mereka tidak sabar untuk berkongsi lebih banyak detik yang tidak dapat dilupakan semasa baki 12 pusingan MotoGP pada 2023.
Jadi persoalannya, pasukan manakah Morbidelli bakal berpindah? atau kejuaraan? kita nantikan
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment