Yamaha perkenal R1 Race

Zarco ditawar perbaharui kontrak oleh Ducati tapi kenapa beliau tolak?


Untuk menjadi seorang pelumba professional, seorang anak kecil telah menyelami dunia permotoran yang mana dalamnya terdapat disiplin yang tinggi dan segala latihan yang diikuti bukanlah medan permainan seperti anak-anak kecil berada di taman permainan.

Selepas itu usaha keras dibuat dan segala komitmen difokuskan kepada perlumbaan motorsikal demi mendapatkan tempat di arena paling tinggi dunia iaitu MotoGP. Selepas berjaya mendapat tempat, ia tidak berakhir di situ malah seseorang pelumba tetap perlu bekerja keras untuk memastikan karier yang dimiliki mampu bertahan lama.

Johan Zarco telah mendapat gelaran juara dunia di Moto2 sebanyak dua kali dan kini berada di kem terbaik dunia iaitu Ducati. Pun begitu beliau masih belum berjaya meyakinkan majikannya supaya layak diangkat ke pasukan utama Ducati. Boleh dikatakan inilah pasukan tertinggi di Ducati yang mampu diduduki oleh beliau iaitu Pramac Racing yang mana merupakan pasukan satelit tertinggi. Ia satu pasukan yang digunakan oleh Ducati untuk menguji setiap pekakas baharu dalam usaha membangunkan Desmosdici.

Johan Zarco mengejutkan semua pihak di MotoGP selepas mengikat kontrak bersama LCR Honda untuk tempoh 2 tahun. Beliau mengambil tempat yang ditinggalkan oleh Alex Rins setelah mana amat kecewa dengan cara kerja HRC yang tidak memberinya peluang untuk mencuba kelengkapan-kelengkapan baharu.

Sebenarnya Zarco telah ditawarkan kontrak oleh Ducati untuk diperbaharui namun ia dilihat oleh Zarco sebagai menguburkan kariernya sebagai seorang pelumba MotoGP. Beliau amat ingin terus kekal di MotoGP namun Ducati menawarkan beliau tempat di Gresini bagi tahun hadapan dan seterusnya pada Tahun 2025 di wsbk pula mengambil tempat Alvaro Bautista.

Oleh kerana beliau melihat masa depannya masih boleh dijamin untuk terus berada di arena MotoGP maka Zarco langsung menemui pihak HRC dan menawarkan diri untuk mengambil tempat Alex Rins. Persetujuan diperoleh dan Zarco amat seronok kerana dirinya masih berpeluang untuk berlumba di MotoGP bagi tempoh dua tahun lagi.

Comments

Follow Us