- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Kurang pelumba maka kurang data yang bakal diperoleh dan itulah yang dilalui oleh Yamaha ketika ini di mana hanya Fabio Quartararo terlibat secara langsung untuk proses pembangunan dan pengembangan jentera mereka, M1.
Memandangkan Yamaha tidak mempunyai pasukan satelit dan pada masa yang sama, Franco Morbidelli pula tidak disambung kontraknya maka Yamaha betul-betul hanya bergantung kepada Fabio. Di Misano beberapa hari lepas dalam sesi ujian rasmi MotoGP, masa yang diperuntukkan hanyalah sehari maka tidak banyak peralatan baharu yang dapat diuji dan dikumpul data bagi tujuan menambah baik prestasi jentera mereka.
Bukan itu sahaja, malah ditambah lagi dengan gaya yang ditunjukkan oleh Fabio dengan jelas dilihat tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki maka kita dapat simpulkan bahawa beliau melalui tugas menguji itu dengan tidak sepenuh hati dan kesannya sudah tentu kerja-kerja bagi meningkatkan prestasi M1 terbantut.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment