Marc membawa pergi penaja utama?


Makin hari makin kuat gosip perpindahan Marc Marquez keluar dari Pasukan Repsol Honda diperkatakan namun tuan empunya badan terus membisu mengenai masa depan beliau. Apabila ditanya oleh media, Marc hanya membalas dengan sinis. Katanya hampir semua pasukan di arena MotoGP meletakkan nama beliau di jentera mereka.

Kini timbul gosip terbaharu mengenai penghijrahan Marc dimana beliau dikatakan bakal membawa keluar TIGA penaja besar dari Pasukan Repsol Honda. Dikhabarkan Repsol, Estrella 0.0 dan Red Bull akan bersama Marc ke pasukan baharu beliau iaitu Gresini bermula musim hadapan dan ianya telah dipersetujui sebelum minggu perlumbaan San Marino GP.

Pelbagai gosip diperkatakan namun Marc tetap tenang serta tampak tekun bersama Honda, mencuba pelbagai komponen dan tetapan agar kembali bersaing. Ketika perlumbaan di Misano, beliau mampu bersaing di kelompok 10 teratas namun diatas kesilapan pemilihan tayar, beliau terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ketujuh apabila tamat perlumbaan.

Pasukan-pasukan MotoGP akan melakukan ujian rasmi di Litar Misano hari ini dan Honda serta KTM telah memperlihatkan jentera prototaip MotoGP musim 2024 pada minggu lepas. Semestinya kedua-dua jentera ini bakal diuji hari ini. Pasukan Ducati, Aprilia dan Yamaha tidak memperlihatkan jentera baharu namun pastinya mereka akan menguji sesuatu pada hari ini untuk kegunaan musim depan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us