- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Nama yang tidak asing dalam dunia beroda dua, MV Agusta kini dikatakan bakal membuat penampilan di kejohanan MotoGP bagi kategori perdana. Kita telah saksikan musim ini kekurangan jentera setelah mana Suzuki menarik diri daripada perlumbaan termasyhur dunia.
Walaubagaimanapun berita berkenaan MV Agusta ini bukanlah mutakhir malah apa yang terjadi sebenarnya ialah pihak KTM ingin menggunakan nama mereka untuk mendapatkan slot tambahan di MotoGP.
Seperti yang telah diberitakan sebelum ini, KTM kini sedang mengalami krisis penempatan pelumba-pelumba mereka di kategori utama MotoGP. Mereka telah pun mengesahkan bahawa pelumba sensasi Moto2, Pedro Acosta bakal memacu RC16 pada tahun hadapan namun belum diketahui akan berada di pasukan mana. Di pasukan kilang KTM, tempat Brad Binder telah disahkan dengan kontrak baharu dan Jack Miller pula Masih memiliki kontrak hingga hujung tahun hadapan. Pol Espargaro juga sebegitu dan telah dijamin akan dapat meneruskan karier bersama Pasukan GasGas Tech3 hingga musim hadapan.
KTM telah beberapa kali merayu kepada Dorna untuk mendapat satu lagi slot pelumba menjadikan mereka memiliki 5 pelumba namun Dorna bertegas bahawa tiada slot yang akan diberikan.
Setelah berjaya mengangkat nama GasGas ke MotoGP, KTM merancang untuk mendaftarkan MV Agusta sebagai 'factory' di kategori perdana maka dengan itu mereka akan mendapat 4 slot pelumba secara automatic namun Dorna tidak membenarkannya kerana MV Agusta akan menggunakan jentera KTM seperti mana GasGas dan ia tidak dikira sebagai 'factory'.
Dorna memberitahu, MV Agusta boleh bersaing sebagai 'factory' jika menggunakan jenteranya sendiri dan dengan itu secara automatic turut mendapat slot pasukan satelit. Maka kini KTM masih buntu untuk mendapatkan penambahan tempat akan tetapi mereka belum berputus ada.
Comments
Post a Comment