Susah tapi tidak mustahil

Perpindahan Marc Marquez ke Ducati dibawah Pasukan Gresini Racing kini semakin hangat diperkatakan, tambahan pula orang kuat Ducati secara terbuka membuat kenyataan bahawa Gresini dan Ducati sudah bersedia untuk menerima Marc namun keputusan kini terletak pada beliau dan Honda namun adakah Honda akan melepaskan Marc dengan mudah?

Kita sedia maklum bahawa kontrak Marc bersama Pasukan Repsol Honda hanya akan tamat pada penghujung musim 2024 dan semestinya jika beliau ingin tinggalkan Honda sebelum tamat kontrak, pasti beliau akan dikenakan penalti.

Bercakap kepada media, Marc menyifatkan beliau agak sukar untuk meninggalkan Honda sekarang kerana masih mempunyai baki kontrak bersama pengeluar motosikal dari Jepun itu. Pun begitu, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil jika kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menamatkan baki kontrak lebih awal iaitu penghujung musim 2023 dengan jumlah bayaran penalti yang munasabah.

Dengan kejayaan menaiki podium Sabtu lalu melalui perlumbaan Sprint serta kejayaan jentera Honda memberi saingan pada perlumbaan Ahad, adakah Marc akan terus kekal di Honda atau berpindah ke Gresini? Sebelum ini kita diberitakan bahawa Marc akan mengumumkan pilihan beliau pada pusingan JapaneseGP namun semalam beliau memaklumkan ianya tidak akan diumumkan dalam masa terdekat. Apakah permainan yang dimainkan oleh Marc dan Honda?

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us