Yamaha dan CFmoto bersatu


CFmoto, antara pengeluar jentera dua roda terbesar dari China semenjak tahun 2003 sebelum ini telah bekerjasama dengan KTM didalam perkongsian teknologi serta penghasilan produk-produk terbaru KTM bagi pasaran Asia.

Melalui laman rasmi Yamaha, pengumuman dibuat untuk melepaskan kepentingan Yamaha didalam Syarikat Chongging Jianshe Mechanical and Electric di China kepada Zhejiang CFmoto Power bermula bulan November 2023.

Peralihan kuasa ini bakal menyaksikan CFmoto memegang saham sebanyak 50%, Yamaha 44.23% dan Tair Yea Limited 5.77% didalam syarikat baharu yang bakal dinamakan Zhuzhou CF Yamaha Motor (ZCYM).

Setakat ini masih belum dapat dipastikan halatuju kerjasama ini namun difahamkan ianya bakal memberi nafas baru kepada pembangunan jentera serta pasaran di Asia. Adakah kerjasama ini juga bakal memperlihatkan kerjasama Yamaha dan KTM pada masa hadapan disebabkan kedua-dua entiti di China dimiliki oleh CFmoto?

Teruskan bersama Two Wheels..! 

Comments

Follow Us