Yamaha perkenal R1 Race

Adakah Marc akan beraksi cemerlang dengan jentera Ducati?


Setelah 11 tahun bersama Pasukan Repsol Honda, Marc Marquez membuat keutusan untuk meninggalkan pasukan tersebut setahun sebelum tamat kontrak beliau dan menyertai Pasukan Gresini Racing untuk saingan MotoGP musim 2024. Keputusan ini mengundang pendapat negatif dan positif dari peminat serta pemerhati MotoGP namun adakah keputusan beliau tepat?

Bagi Marc, Ducati telah meletakkan satu tanda aras baharu didalam saingan MotoGP dan beliau mampu mengulangi kejayaan menjuarai MotoGP jika beliau dapat beraksi bersama jentera tersebut. Namun beliau masih ragu-ragu dengan jentera Ducati sehingga beliau menguji jentera tersebut ketika ujian pra-musim MotoGP kelak.

Jika dilihat dari keupayaan adik Marc iaitu Alex Marquez yang dengan mudahnya memacu jentera Ducati setelah berpindah dari Honda, mampukah Marc melakukan benda yang sama apabila beraksi dengan Ducati kelak? Sama-sama kita nantikan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us