Ini isu doping berkait dengan Marc.


Setelah sekian lama juara dunia MotoGP 8 kali, Marc Marquez tidak menamatkan perlumbaan dalam kelompok 3 terbaik, pusingan JapaneseGP lalu telah mengembalikan memori indah beliau, pasukan dan para peminat selepas Marc kembali menaiki podium.

Dalam perlumbaan yang penuh dramatik itu di mana ia berlangsung dalam keadaan hujan, Marc amat cermat mengatur strategi bagi mendapatkan tempat terbaik. Beliau dari awal tidak begitu memaksa kerana hujan masih kurang lebat kerana ingin menjaga tayar dan pabila litar terus basah seluruhnya maka The Baby Alien mula mengorak langkah mengejar pelumba-pelumba di hadapannya. Walaubagaimanapun kemenangan yang dikejar tidak tercapai dek kerana perlumbaan dihentikan oleh kibaran bendera merah atas faktor keselamatan semua pelumba.

Usai perlumbaan, Marc telah dipanggil oleh pihak penganjur bagi proses pemeriksaan kandungan dadah dalam badan. Pencapaian Marc pada hari itu menyebabkan pihak terbabit meragui prestasinya lalu mengesyaki beliau ada mengambil barang terlarang. Marc terkejut dengan tindakan tersebut namun beliau memberi kerjasama sepenuhnya.Keputusan ujian mungkin sudah keluar pada waktu ini memandangkan ia telah seminggu selepas sesi ujian dibuat namun kita tidak mendengar sebarang perkhabaran negetif maka dapat disimpulkan bahawa Marc bersih daripada sebarang unsur dadah.

Comments

Follow Us