Yamaha perkenal R1 Race

Jangan Curi Pelumba Kami - Massimo Rivola


Semenjak pasca pengumuman pemergian Marc Marquez dari Pasukan Repsol Honda, kita dikhabarkan dengan pencarian pelumba bagi menggantikan kekosongan tempat yang bakal ditinggalkan Marc dan semestinya Honda inginkan pelumba yang mampu memacu jentera mereka musim hadapan bersama Joan Mir.

Kini Miguel Oliveira dan Maverick Vinales dikhabarkan menerima lamaran Honda untuk mengisi kerusi panas Pasukan Repsol Honda dan bagi Massimo Rivola, bukan hanya dua malah keempat-empat pelumba Aprilia tidak boleh meninggalkan pasukan kerana kesemua mereka masih mempunyai baki kontrak sehingga penghujung musim 2024.

Berkenaan isu perpindahan Oli jika beliau mendapat tawaran lain dari pasukan kilang, Rivoli menegaskan tiad klausa kontrak Oli menyatakan perihal tersebut dan ianya sekadar isi yang dihangatkan oleh sesetengah pihak sahaja.

“Aleix Esprgaro, Maverick Vinales, Miguel Oliveira dan Raul Fernandez akan terus kekal bersama Aprilia sekurang-kurangnya sehingga penghujung musim 2024 dan saya menyangkal khabar angin perpindahan Miguel mahupun Maverick” - ujar Massimo kepada media.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us