Yamaha perkenal R1 Race

Ketegangan antara Honda dan LCR


Pasukan MotoGP yang berpangkalan di Monaco, Perancis iaitu LCR Honda amat berpuas hati apabila berjaya mendapatkan khidmat Johan Zarco bagi saingan musim hadapan. Semestinya misi LCR Honda untuk menempatkan pelumba kelahiran Perancis akhirnya tercapai hatta dapat menarik minat penaja dari negara mereka.

Namun ianya tidak diterima baik oleh Honda kerana Johan Zarco menjadi pilihan terbaik Honda untuk menggantikan Marc Marquez apabila beliau meninggalkan Pasukan Repsol Honda. Ekoran kegagalan mendapatkan khidmat Zarco, Honda terpaksa mencari pelumba lain bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.

Kedegilan LCR Honda melepaskan Zarco ke pasukan kilang Honda menimbulkan sedikit ketegangan pada hubungan Honda dan LCR yang selama ini ibarat retak menanti belah. Apapun yang bakal berlaku, LCR tetap dengan pendirian mereka untuk mengekalkan Zarco didalam pasukan LCR. Semoga hubungan LCR dan Honda kembali membaik pada masa akan datang.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us