- Get link
- X
- Other Apps
Gaji seorang pelumba didalam kelas perdana MotoGP mencecah puluhan juta ringgit Malaysia. Ianya berdasarkan prestasi semasa pelumba serta kontrak yang ingin diikat oleh pasukan terhadap pelumba serta nilai gaji ini pasti sedikit sebanyak mengarah kepada moral pelumba tersebut. Makin tinggi nilai gaji yang ditawarkan, pasti pelumba tersebut lebih bersemangat untuk beraksi cemerlang di litar.
Umum mengetahui gaji semasa Marc Marquez didalam Pasukan Repsol Honda mencecah 15 juta Euro dan beliau bakal tidak menerima sebarang gaji apabila beraksi di Gresini Racing musim hadapan. Ianya disampaikan oleh Paolo Ciabatti kepada pihak media apabila diajukan soalan mengenai jumlah kontrak yang ditawarkan oleh Ducati.
Bagi Ciabatti, Marc sudi berpindah ke Gresini walaupun tiada gaji yang ditawarkan selain imbuhan podium. Bagaimana Marc ingin menyara hidup beliau tanpa gaji dari Gresini mahupun Ducati? Jika dilihat dari penaja-penaja peribadi yang bakal mengikuti beliau ke Gresini, ianya sudah cukup untuk ‘menggajikan’ Marc sepanjang kontrak beliau bersama Ducati musim hadapan.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment