Yamaha perkenal R1 Race

Projek baru KTM, Pol tunjang utama.


Pol Espargaro antara pelumba yang amat sinonim dengan jenama KTM kerana beliau antara pelumba yang sudah lama bersama pengeluar Austria tersebut. Ini ialah tahun ke-5 kerjasama mereka yang mana bermula pada Tahun 2017 dan berpisah sementara kerana Pol berpindah ke Repsol Honda untuk tempoh 2 tahun.

Nasib Pol boleh dikatakan tidak begitu baik kerana ketika beliau mula-mula bersama KTM, jentera mereka masih baru di arena MotoGP dan sangat tidak kompetetif. Kemudian selepas Dani Pedrosa sertai kem mereka, tidak lama kemudian Pol pula berpindah ke Repsol Honda. Oleh sebab itu beliau tidak sempat merasai prestasi RC16 yang jauh telah bertambah baik hinggakan KTM berjaya mencapai kemenangan pertama pada Tahun 2020 di Republic Czech melalui Brad Binder.

Cerita tahun ini pula, Pol sebenarnya masih mempunyai kontrak bersama KTM hingga hujung 2024 namun pengumuman yang mengejutkan daripada pihak KTM yang mengumumkan bahawa Pedro Acosta akan mengambil tempat Pol dan bukan Augusto seperti yang dijangka. Dengan keadaan diri yang belum pulih sepenuhnya selepas tragedi hitam di awal musim lalu, KTM melihat bahawa mengekalkan Augusto adalah pilihan yang lebih baik berbanding Pol. Walaubagaimanapun pada masa yang sama KTM masih lagi ingin mendapatkan khidmat Pol.

Maka perancangan jangka pendek kini, KTM menubuhkan program pembangunan pelumba muda dan Pol menjadi jurulatih kepada pelumba-pelumba muda KTM. Ini bagi memastikan bakat-bakat baharu mampu berdaya saing apabila naik ke peringkat MotoGP nanti dan tidak mengambil masa yang lama untuk sesuaikan diri dengan jentera lumba mereka. Memandangkan Pol mempunyai pengalaman yang amat luas dalam kejohanan MotoGP maka ia satu pilihan dan keputusan yang tepat daripada KTM dalam menjadikan Pol sebagai insan yang penting dalam program pembangunan pelumba mereka. 

Bagi Tahun 2025 pula, KTM akan kembalikan Pol ke lapangan perlumbaan secara sepenuh masa apabila berjaya mendapat satu lagi slot tambahan.

Comments

Follow Us