Setahun 24 juta maka 2 tahun 48 juta.


Pembaharuan kontrak Marc Marquez satu ketika dulu menjadi kejutan ramai kerana ia bertempoh 4 tahun dan sekali gus menjadi sejarah kontrak terpanjang dimeterai oleh pelumba di arena MotoGP. Ramai yang menyangka Marc akan bersara selepas bersama Pasukan Repsol Honda namun ia hanya tinggal andaian dan sangkaan semata kerana bermula tahun hadapan, beliau akan memacu jentera Ducati.

Marc yang masih berbaki setahun kontrak dengan HRC telah mengambil langkah berani serta mengejutkan apabila membatalkan kontrak tersebut beberapa minggu lepas. Seperti yang kita ketahui pembatalan kontrak kebiasaannya akan mengandungi penalti yang dipersetujui oleh kedua belah pihak iaitu pengeluar dan juga pelumba.

Dikhabarkan penalti bagi satu tahun baki kontrak tersebut telah ditetapkan oleh pihak HRC iaitu berkadaran 2 tahun bayaran Marc. Jika satu tahun ketika ini Marc menerima bayaran sebanyak 24 juta euro maka dengan kiraan mudahnya Marc perlu membayar kembali Honda dengan jumlah 48 juta euro.

Comments

Follow Us