- Get link
- X
- Other Apps
Tanpa Marc disisi Honda musim depan, Pasukan Repsol Honda giat mencari pengganti pelumba tersebut setelah perancangan asal untuk mendapatkan khidmat Johan Zarco tidak direstui Pasukan LCR Honda.
Miguel Oliveira yang hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Repsol Honda musim hadapan memberi komen positif berkenaan isu ini. Pemilik Pasukan RNF, Dato Razlan Razali juga seperti tidak menafikan pemergian Oli ke Honda. Hanya Massimo Rivola yang bertegas dengan tidak melepaskan empat pelumba dibawah Aprilia.
Jika Miguel Oliveira berpindah ke Honda, siapakah yang bakal menggantikan beliau di RNF? Ketika IndonesiaGP di Mandalika tempohari, Fabio Di Giannantonio dilihat menjalani perbincangan bersama pemilik Pasukan CryptoDATA RNF MotoGP, Dato Razlan Razali.
Pasti Fabio Di Giannantonio boleh menjadi pilihan untuk RNF untuk mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Oli kerana prestasi Fabio agak membaik akhir-akhir ini namun dapatkah beliau boleh beraksi cemerlang dengan jentera Aprilia?
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment