Acosta - Pencetus Era Baru MotoGP


Dilahirkan di Sepanyol pada tanggal 25 Mei 2004, Pedro Acosta Sanchez merupakan antara pelumba yang meningkat naik ketika ini. Menjuarai Kejohanan Red Bull MotoGP Rookies Cup pada tahun 2020, beliau terus diserap kedalam kejohanan Moto3 pada tahun 2021 dan terus bergelar juara dunia Moto3 pada tahun yang sama. Beliau dinaikkan ke kategori Moto2 pada tahun 2022 namun hanya berjaya menduduki tempat ke 5 kejuaraan dunia ekoran kecederaan yang dialami beliau.

Tahun 2023 bagaikan membawa seribu makna buat beliau apabila dinobatkan sebagai juara dunia setelah selesai perlumbaan di MalaysiaGP dengan baki dua perlumbaan di Qatar dan Valencia. Untuk rekod, beliau telah 7 perlumbaan dan menduduki podium sebanyak 14 kali bagi musim ini.

Sebelum beliau disambar oleh pasukan lain didalam kategori perdana MotoGP, KTM terus menempah beliau untuk digabungkan dengan Augusto Fernandez didalam Pasukan GasGas Factory Racing Tech3 bagi saingan MotoGP musim hadapan. Walaupun mendapat kritikan dari pemerhati MotoGP agar beliau terus kekal di dalam saingan Moto2 untuk setahun lagi namun beliau merasakan dirinya sudah bersedia untuk bersaing dengan abang-abang besar yang lain didalam kelas perdana MotoGP.

Keputusan Acosta untuk naik ke kelas perdana disambut baik oleh bekas juara dunia MotoGP, Marc Marquez. Bagi Marc, Acosta bakal menggegarkan kelas perdana musim hadapan kerana beliau boleh serta mampu menentukan era baharu MotoGP selepas ini. Apa pendapat anda? Mampukah beliau beraksi cemerlang kelak?

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us