Ada komplot dan konspirasi?


MotoGP merupakan perlumbaan dua roda paling terkemuka dan popular di dunia. Ramai penduduk Bumi tanpa mengira tempat gemar menonton dan mengikuti rapat akan perihal kejohanan tersebut. Antara bukti ia kian masyhur dan mendapat tempat di hati kebanyakan orang ialah adanya penambahan litar dalam kalendar saban tahun.

Kejohanan ini dilihat mampu membawa keuntungan kepada negara dan rakyat setempat bila mana permintaan untuk menyaksikan perlumbaan itu kian meningkat lalu jumlah penonton yang hadir ke litar kian bertambah. Oleh sebab itu setiap pasukan yang bertanding pasti akan memanfaatkan ruang yang ada bagi mempromosi para penaja mereka terutama apabila pusingan perlumbaan diadakan di 'homeground'.

Kini kita dapat lihat sebuah pasukan dari Amerika Syarikat iaitu American Racing bersaing di kategori Moto2. Mereka dilihat menubuhkan pasukan bagi tujuan membawa dan mengangkat pelumba-pelumba tempatan ke pentas Antarabangsa. Walaubagaimanapun target utama mereka ialah di kategori perdana namun hingga kini peluang belum tersedia. Sudah beberapa kali mereka ungkapkan bahawa jika terdapat peluang maka mereka pasti akan merebut slot di kelas perdana itu.

Perlumbaan MotoGP yang kita saksikan tidak asing lagi dengan satu litar di Amerika iaitu COTA. Ia satu litar yang digemari ramai pelumba dan amat popular serta sering menyerlahkan kebudayaan 'cowboy' yang mana ia ialah salah satu identiti rakyat di sana.

Melihat keadaan tersebut maka amat rugi sekiranya di MotoGP hanya ada litar Amerika namun tiada pasukan dari sana yang turut bertanding di kelas utama.

Isu yang hangat diperkatakan sekarang pula ialah berkenaan Pasukan Cryptodata RNF yang masih mempunyai kontrak hingga ke Tahun 2026 namun ia dibatalkan secara tiba-tiba oleh pihak Dorna. Ia mengundang kemarahan ketua Cryptodata dan menyifatkan perlakuan Dorna tersebut ialah satu drama lucu yang mana sengaja dibuat demi membawa pasukan dari Amerika Syarikat masuk menggantikan mereka sebagai pasukan satelit Aprilia. Segala alasan yang dikemukan Dorna dikatakan tidak masuk akal dan hanya direka-reka bagi memburukkan mereka maka pihak Cryptodata akan menyaman Dorna tidak lama lagi.

Comments

Follow Us