Adam cuba jentera ‘purba’ terlebih dahulu di WSBK Test.

 


Umum mengetahui bahawa Adam Norrodin bakal bersaing di kelas paling tinggi di WSBK bermula musim depan bersama MIE Racing Team. 

Sehubungan dengan itu kami berpeluang menemuramah Adam Norrodin ketika di Sepang sempena MalaysianGP tempoh hari. 

Ditanya mengenai persediaan, Adam Norrodin jujur berasa gementar untuk menghadapi musim hadapan. 

Namun beliau tidak sabar untuk mencuba jentera WSBK dalam 2 minggu lagi di WSBK test. MIE Racing Team masih menggunakan jentera Honda dimana Adam akan mencuba spec 2023 terlebih dahulu di test nanti dan spec 2024 pada tahun depan. 

Adam juga tidak meletakkan target yang tinggi sebelum mencuba jentera tersebut kerana beliau tahu beliau akan berhadapan dengan nama-nama besar seperti Toprak, Bautista dan Rea. 

Beliau juga berkata nama-nama besar tersebut telah memenangi banyak podium di WSBK mahupun MotoGP. Adam kini memfokuskan pengalaman terlebih dahulu sebelum meletakkan apa-apa target untuk musim depan. 

Adam juga berharap spec 2024 Honda nanti akan lebih baik oleh karana memahami prestasi Honda yang bergelut setakat ini. 


Comments

Follow Us