Aleix Espargaro marah dengan kenyataan Morbidelli



Selepas Morbidelli ditampar oleh Aleix Espargaro, perdebatan terus belaku antara kedua-dua pihak. Masing-masing mengeluarkan kenyataannya sendiri bagi membela diri. 

Namun selepas kedua-duanya mengeluarkan kenyataan, ternyata Aleix Espargaro sangat geram dan marah dengan apa yang di perkatakan oleh Morbidelli dan menyifatkan kenyataannya sangat melampau. 

Ini kerana Morbidelli memetik bahawa tiada apa yang ingin dibanggakan dalam karier Aleix Espargaro melainkan hanya perangai buruknya. Franky juga memetik juga bagaimana anak-anak Aleix akan melihat perjalanannya.  

Ternyata kenyataan ini membuat Aleix geram dan sangat marah. Ini kerana Morbidelli telah menyentuh perihal keluarganya. 

Aleix Espargaro berkata kenyataan tersebut melampau kerana telah melibatkan keluarganya. Perkara tersebut tidak akan saya biarkan. 

Espargaro telah meminta maaf secara umum dan masih menyatakan bawaha tindakan beliau adalah refleksi secara automatik kerana Morbidelli sering menganggunya banyak kali. 

“Pendirian saya tidak berubah, saya memang salah dan terkeluar selekoh hampir kemalangan. Saya sebenarnya tiada niat untuk memukulnya namun gesture tersebut hanyalah untuk membuatkannya menjauh daripada diriku.”

“Saya akur dengan hukuman dan saya tidak mahu mempersoalkan hal tersebut. Namun ini tidak adil buat Franco apabila beliau sudah setengah tahun bersiar-siar di atas litar” ungkapnya. 

Comments

Follow Us