Alex Rins terasa dihargai seperti di Suzuki

 

šŸ“·MotoGP

Alex Rins selesai membuat penampilan sulungnya bersama jentera YZR M1 semalam. Dalam mencari rentak, Beliau tamat diposisi ke 19, 1.3 saat di belakang pendahulu. 

Secara umum, Rins gembira dengan perpindahan daripada LCR Honda ke Yamaha. Ini kerana beliau berpendapat jentera Yamaha lebih baik di tunggang berbanding Honda sebelum ini dan perbezaan amat besar antara kedua-dua jentera ini dapat dirasainya. 

Pelumba Sepanyol itu berkata, ujian berjalan lancar dan mereka memilih tidak menguji banyak barang. Beliau membahagi sesi kepada 2 bahagian iaitu pada sesi pagi, beliau fokus kepada jentera lama iaitu jentera yang ditunggang Quartararo di ValenciaGP beberapa kilometer sambil mencuba barangan berbeza. 

Kemudian, di sebelah petang pula menguji chasis serba baharu Yamaha. Para jurutera Yamaha membawa 2 pakej yang baharu dan beliau menyukai salah satu daripadanya kerana mempunyai kestabilan dan cengkaman brek yang lebih baik. Secara keseluruhan beliau amat puas hati.

“Saya ada mengubah beberapa bahagian pada jentera tersebut dan secara asas, kesemuanya seperti asal. Pada lap pertama saya menunggang jentera ini saya terus tersenyum kerana saya dapat merasai perbezaanya namun saya tidak boleh menerangkannya dengan lebih terperinci.” Ungkap Rins

Selain itu, apa yang membuatnya terkesan adalah layanan yang diberikan oleh Yamaha terhadapnya. Ramai jurutera yang boleh ajak berbincang untuk memberikan cadangan yang terbaik untuknya.

Beliau berkata hal ini amat dekat dengan cara kerja Suzuki dahulu yang mendengarkan keluhan pelumba berbanding ketika beliau Honda LCR

Comments

Follow Us