Bendera berbelang pada jentera bukan LGBT

 

📷Alvaro Bautista

Umum mengetahui bahawa Alvaro Bautista sekali lagi memenangi gelaran juara dunia WSBK pada tahun ini dan merupakan tahun ke 2 berturut-turut. 

Jadi, beliau semestinya tidak melepaskan peluang membuat sambutan bagi meraikan kejayaan tersebut. 



Kali ini, beliau memakai suit berwarna emas dan dipadankan dengan bendera berbelang. 

Namun, apa yang menarik perhatian, sebahagian penyokong kurang senang dengan warna bendera tersebut dan menuduh Bautista menyokong gerakkan LGBT tanpa memeriksa warna bendera tersebut. 

Paling menarik, penyokong tersebut bukanlah daripada penyokong yang beragama islam sahaja malah penyokong daripada Sepanyol sendiri. 

Namun tahukah anda bendera tersebut bukanlah LGBT, ianya adalah (Jersey Rainbow) warna pelangi yang dipakai dalam kejuaraan basikal dunia. Warna tersebut dipakai oleh juara bertahan tahun sebelumnya. 


Jersi pelangi ialah jersi tersendiri yang dipakai oleh juara dunia dalam kejuaraan berbasikal, sejak 1927. Jersi itu kebanyakannya berwarna putih dengan lima jalur mendatar dalam warna UCI di sekeliling dada. 

Dari bawah ke atas warna adalah hijau, kuning, hitam, merah dan biru. Ianya adalah warna yang sama yang muncul dalam cincin pada bendera Olimpik. 

Jadi, berharap persoalan kini terjawab. 

Comments

Follow Us