BREAKING NEWS, RNF masih kekal sehingga 2026, Nafi ada masalah kewangan

 

📷CryptoDATA RNF MotoGP

Tersebar luas di media tempatan dan antarabangsa tentang masalah yang dihadapi oleh pasukan Malaysia iaitu CryptoDATA RNF MotoGP team yang nasibnya berada di hujung tanduk dan mempunyai masalah kewangan. 

Perkara ini tiba-tiba datang dalam beberapa hari ini sahaja dan ianya masih rumor sebelum ini. Namun setelah berdiam, kini pasukan RNF mengeluarkan kenyataan untuk menerangkan segala-galanya. 

Berikut adalah kata-kata yang dikeluarkan oleh pasukan tersebut. 


"Terdapat banyak spekulasi di akhbar mengenai Pasukan MotoGP CryptoDATA RNF dan kerana itu kami ingin memberikan penjelasan melalui kenyataan akhbar rasmi ini."

"Satu perkara yang jelas tentang CryptoDATA RNF MotoGP Team adalah, kami masih mempunyai kontrak untuk penyertaan dalam Kejohanan MotoGP yang sah sehingga 2026 yang ditugaskan daripada Sepang Racing Team. Kontrak ini mempunyai terma dan syarat yang sangat jelas dan sehingga kini kami tidak dimaklumkan tentang pelanggaran kewajipan kontrak. Lebih-lebih lagi, kami tidak menerima notis penamatan kontrak ini."

"Selain itu, RNF mempunyai kontrak yang sah dengan Aprilia dan kami tidak menerima notis untuk menamatkan kontrak ini. Spekulasi berkenaan dengan kualiti alat ganti yang diterima untuk jentera daripada Aprilia kerana berhutang yang didakwa sesetengah pihak selama ini adalah palsu. Tiada hutang terhadap Aprilia dan semua jumlah telah dijelaskan sejak awal tahun ini. Selain itu, sebagai tambahan kepada apa yang ada dalam kontrak, kami telah bersetuju dengan mekanik tambahan dan melaksanakan dengan memenuhi kos tambahan."

"Memang benar bahawa RNF telah menerima tawaran untuk tempat di grid, di Madrid di Pejabat DORNA, namun tawaran ini telah ditolak secara rasmi lebih daripada 2 minggu lalu dan sejak itu tiada rundingan lain dimulakan. Pasukan CryptoDATA RNF MotoGP tidak mempunyai sebarang hutang atau pertikaian dengan pembekalnya dan semua aktiviti dijalankan mengikut pelan perniagaan dan mengikut terma kontrak dengan pembekal."

Daripada statement tersebut, Pasukan RNF kini masih dimiliki 60% oleh CDT SPORTS AND MEDIA SRL dan 40% oleh Razlan Razali. Syarikat RNF Racing Ltd. tertakluk kepada audit dalaman oleh pemegang saham majoriti (CDT) menyemak proses dalaman dan aktiviti pekerja. 

Dengan ini, akan ada perubahan dalam pengurusan pasukan kerana ini adalah tahun peralihan dan selepas audit, mereka bersedia menambah kos untuk mendapatkan sumber tenaga pekerja yang optimum bagi meraih prestasi dalam pasukan."

Keputusan untuk Razlan Razali untuk tidak menjadi sebahagian daripada pengurusan Pasukan RNF bukan sahaja sejak semalam, tetapi telah diambil lebih 1 bulan lalu berikutan tekanan yang dibuat oleh pemegang saham berikutan prestasi buruk dan keputusan kewangan.

Dengan kata mudah, Dato’ Razlan Razali masih menjadi pemilik pasukan namun beliau berundur daripada menjadi Team Principal atau sebagai pihak pengurusan pasukan. 

Dalam masa yang sama, RNF juga menafikan ada masalah kewangan seperti yang digembar gemburkan selama ini. Kesemua part jentera dan gaji tiada tunggakan bayaran. 

Comments

Follow Us