Dato R ajak sembang dengan TKKR selepas Valencia



Pertelingkahan antara orang atasan dalam sukan permotoran masih belum reda. 

Bukan sahaja belum reda tetapi semakin membara. Umum mengetahui bahawa pasukan TKKR Racing Team sering cuba memberi pandangannya tersendiri secara terbuka di media sosial untuk memperbaiki sistem pihak atasan yang mengelola perjalanan 'Motorsports' tanah air. 

Sebelum ini, kesemua pandangan hanya terhenti di situ dan tiada kesan yang mendalam kepada orang yang terlibat. 

Namun kali ini, ianya berbeza apabila mereka memberi pandangan tentang acara MotoGP dan dalam masa yang sama ingin menunding jari kepada seseorang. 

Perkara ini terus menarik perhatian pemilik dan 'Team Manager' pasukan CryptoDATA RNF MotoGP  Team, Dato’ Razlan Razali mengenai isu tersebut. 

Razlan memuat naik satu 'posting' untuk memanggil TKKR racing dan yang terlibat untuk berdebat dalam satu podcast supaya kedua-dua pihak mendapatkan jawapan sambil menyelesaikan kemelut dalam sukan permotoran. 

Beliau juga memberitahu bahawa tidak perlu sembunyi di belakang sahaja dan luahkan apa yang berlaku dalam isi hati mereka.

Comments

  1. Jangan sampai masa razlan ada masa plak nak sembang kari

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow Us