Dato R mula buka mulut, kenyataan yang dikeluarkan oleh CryptoDATA adalah palsu.

 

📷Motorsports.com

Pengasas RNF MotoGP team, Dato’ Razlan Razali akhirnya buka mulut tentang kontroversi yang berkait dengan pasukan RNF, tunding jari kepada penaja utama iaitu CryptoDATA. 

Sebentar tadi kita digemparkan dengan berita sedih bahawa RNF bakal terkubur musim depan. Beberapa hari sebelum ini tersebar bahawa RNF mempunyai masalah kewangan dan telah dijual. Namun pasukan tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa pasukan masih tetap ada dan fitnah berkenaan masalah kewangan dan hutang yang banyak adalah palsu belaka. 

Namun sehari selepas itu, kita dikejutkan dengan Dorna, FIM dan IRTA memperbaharui kontrak RNF musim depan. Walhal, RNF telah mengikat kontrak sehingga 2026 berkat perjanjian bersama Sepang Racing Team sebelum ini. 

Perkara ini disebabkan oleh adanya pelanggaran kontrak syarikat kripto itu beberapa kali sebelum ini dengan pasukan tersebut sehingga Dorna tidak mahu memperbaharui demi menjaga imej MotoGP. 

Walaubagaimanapun, beliau memberitahu media terpilih termasuk motorsports.com adalah, semua kenyataan yang dikeluarkan oleh CryptoDATA adalah palsu. 

Apa yang dapat kami ringkaskan adalah, CryptoDATA sudah lari daripada tujuan asal dengan apa yang beliau sasarkan. Dengan jalan yang berbeza ini, Dato Razlan mempunyai masalah dengan CryptoDATA. 

📷RNF

Beliau berkata seluruh pasukan dan diri beliau sendiri sangat bersemangat dalam dunia permotoran. Mereka sanggup terbang terbang ke seluruh dunia untuk sukan ini namun pendekatan ini berbeza dengan CryptoDATA apabila mereka lebih memfokuskan ke arah bisnes tanpa semangat kesukanan permotoran. 

“Untuk rekod, sebenarnya saya sudah letak jawatan Pengarah di RNF Racing 3 minggu yang lalu tanpa dipecat ataupun disingkirkan.”

“Baru semalam secara rasmi meletak jawatan sebagai ketua pasukan namun saya tidak akan menceritakan secara terperinci apa yang berlaku. Ini kerana di dunia yang kita terlibat ini kita perlu lebih professional dalam membuat apa jua keputusan.“

Selain itu, ada beberapa dokumen yang disyaki percubaan untuk menjatuhkannya di luar pengetahuannya. 

Dato Razlan juga percaya, ada kos bayaran kepada pembekal-pembekal masih belum dijelaskan namun jika berkaitan dengan Aprilia, semuanya telah dilunaskan. 

Sumber dalaman Dorna memberitahu CryptoDATA tidak membayar jumlah penajaan yang dijanjikan oleh mereka untuk menjadi 'Title Sponsor' di AustrianGP yang lalu. 

Walaubagaimanapun Dato Razlan menyokong penuh tindakan yang dibuat oleh Dorna ke atas CryptoDATA dengan menambah, mereka ini bukan sahaja ingin menendang orang dalam 'paddock' keluar tetapi perlu ada alasan kukuh untuk berbuat demikian. Ini kerana jika buang tanpa sebab, ianya akan menakut-nakutkan pelabur baharu untuk melabur dalam sukan MotoGP. 

Comments

  1. Sila baiki penulisan anda.

    ReplyDelete
  2. Semak dulu article sebelum release.

    ReplyDelete
  3. Google Translate ke ni?

    ReplyDelete
  4. Pening baca ayat tunggang langgang. Sila perelokkan artikel akan datang

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow Us