Dato Razlan marah, kecewa...


Telah selesai perlumbaan MotoGP pusingan di Malaysia yang menjadi tempat ketiga terakhir buat musim ini. Minggu hadapan akan berlangsungnya perlumbaan di bumi Qatar dan minggu seterusnya pula di Valencia. Ini merupakan minggu-minggu yang sibuk buat semua yang terlibat baik FIM, Dorna, pasukan, pelumba mahupun wartawan.

Lumrah perlumbaan ada masa kita di depan dan ada masa di belakang. Untuk mendapat keputusan yang diingini bukanlah mudah seperti memetik jari sendiri. 

Bagi pasukan yang dimiliki oleh anak Malaysia, Cryptodata RNF Racing Team, satu keputusan yang sukar untuk diterima bila mana kedua-dua pelumba, Raul dan Miguel tidak berjaya menamatkan perlumbaan. Ini membuatkan peneraju pasukan, Dato Razlan berasa amat kecewa dan bercampur marah kerana saingan di laman sendiri tidak ditutupi dengan keputusan yang baik. Walaubagaimanapun ia satu kenyataan pahit yang harus ditelan dan beliau berharap di dua pusingan terakhir nanti akan ada kemanisannya.

Comments

Follow Us