Digiannatonio bersedia untuk sarung Helmet dan Suit di Valencia Test nanti.


Status perpindahan Marini ke Repsol Honda masih lagi ‘to be confirmed’, jadi Fabio Digiannatonio masih lagi menunggu kata putus dari VR46 untuk mengambilnya ke pasukan tersebut menggantikan Marini. 

Digiannatonio berkata amat gembira jika beliau dapat menyarung racing suit dan helmet sekali lagi untuk menyertai Valencia test minggu depan. 

Beliau berkata hanya VR46 satu-satunya harapan beliau untuk terus kekal di lapangan MotoGP dan selamatkan kariernya. 

Bagi yang belum mengetahui, Valencia test adalah ujian pra musim 2024 iaitu pengujian jentera serba baharu untuk digunakan pada tahun 2024 kelak. 

Dengan jentera yang sama seperti sekarang, pastinya beliau sangat sesuai dengan VR46 yang menggunakan jentera Ducati dalam masa yang sama Digiannatonio berasal dari Italy. 

Namun pasukan VR46 sekarang dilema kerana beliau ada banyak calon kuat yang muda daripada Moto2 antaranya adalah Fermin Aldeguer. 


Comments

Follow Us