Dihujani tohmahan, komen-komen terpaksa dihapus.


Menjadi seorang juara dunia merupakan impian dan cita-cita bagi setiap pelumba di mana-mana peringkat atau kategori namun ia tidak menjanjikan kemanisan kerana ia boleh juga membawa kesan dan kenangan pahit.

Kita telah pun mempunyai juara dunia bagi Kategori Moto3 pada minggu lalu selepas perlumbaan di Litar Lossail Qatar. Pelumba senior, Jaume Masia dinobatkan sebagai juara untuk musim 2023 ini setelah berjaya menjarakkan jurang mata terkumpul melebihi 25 mata dengan pencabar utamanya iaitu Ayumu Sasaki.

Walaubagaimanapun perlumbaan dan saingan yang diharungi pada malam tersebut dilihat tidak bersih dek kerana tindakan Jaume dan rakan sepasukannya ketika itu iaitu Fernandez amat menekan Ayumu dengan memaksa pelumba Jepun itu melebar lalu kehilangan kedudukan di hadapan. Ayumu terpaksa kembali bergelut mengejar pelumba-pelumba hadapan untuk mendapatkan posisi yang baik namun setelah berjaya berada di hadapan, beliau kembali dikacau serta diganggu dan kemudiannya kembali ke posisi tengah.

Hal tersebut membuatkan ramai para penonton dan peminat MotoGP serta pelumba-pelumba sendiri tidak gemar melihatnya malah menyifatkan ia satu taktik kotor lagi menjijikkan. Oleh sebab itu banyak komen negetif yang bersifat cacian dan makian ditinggalkan di ruangan komen pada media sosial pasukan, pelumba mahupun para penaja. Melihat terlalu banyak kata-kata negetif maka semua yang terlibat kini dikesan telah memadam komen-komen itu.

Comments

Follow Us