- Get link
- X
- Other Apps
📷Yamaha MotoGP |
Yamaha mengaku bahawa duit mungkin tidak akan lagi cukup untuk memujuk Quartararo bertahan di Yamaha.
Saat ini, Quartararo adalah satu-satunya pelumba harapan Yamaha hingga akhir 2024 kelak. Namun, selepas tamat kontrak, Yamaha tidak menutup kemungkinan bahawa Quartararo bakal mencari pasukan lain.
Tambahan pula Quartararo bergelut dengan jentera Yamaha yang tidak lagi perform sesuai dengan kemahuannya.
Keadaan ini membuatkan Yamaha bimbang malah perkara ini diakui oleh Director pasukan Yamaha, Massimo Meregali, duit tidak mampu lagi memujuk Quartararo.
Beliau yakin satu-satunya cara untuk buat Quartararo stay adalah jentera yang baik.
Beliau juga bimbang apa yang bakal terjadi pada 2025 kelak. Tambahan pula, Yamaha kini hanya mempunyai 2 jentera di MotoGP jadi mereka mempunyai hanya sedikit data.
Dalam pada itu, Yamaha juga berharap dapat memiliki pasukan satellite pada 2025. Yamaha kini bertekad untuk menarik pasukan VR46 untuk bergabung dengan mereka pada musim 2025 mengingat kontrak mereka bersama Ducati bakal habis pada 2024 dan dalam masa yang sama Valentino Rossi duta Yamaha.
Comments
Post a Comment