Eropah tawan Asia.


Kejohanan Asia Road Racing, ARRC baru sahaja menutup tirai bagi musim ini pada Ahad lepas yang mana telah berlangsungnya perlumbaan di China. Perlumbaan dua roda kelas benua ini sememangnya menjadi tumpuan bagi pelumba-pelumba tempatan dan juga para peminat motorsikal jalanan.

Tahun ini Marcus Reterberger, pelumba dari Jerman telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori ASB1000 iaitu persaingan antara jentera-jentera superbike bersesaran 1 liter. Beliau memacu superbike yang juga keluaran dari negaranya iaitu BMW. Kemenangan beliau ini sekali gus mengangkat nama German tinggi di persada Benua Asia walaupun mereka berasal dari Benua Eropah.

Reiterberger bukanlah nama asing di kejohanan dua roda dunia. Beliau antara pelumba berprofil tinggi kerana telah menyertai perlumbaan wsbk dari Tahun 2013 hingga 2019. Nama beliau amat sinonim dengan BMW sementelah menjadi pelumba rasmi jenama tersebut pada Tahun 2016 di wsbk dengan menggunakan S1000RR.

Pada Tahun 2020 lalu, beliau telah membuat penampilan pertama bersaing di arena ARRC dan ketika itu sememangnya telah dijangka bahawa beliau akan memberi saingan yang kuat kepada pelumba-pelumba lain terutama dalam perebutan gelaran juara keseluruhan dan ternyata pada tahun ini beliau berjaya menjadi pemenang.

Comments

Follow Us