Fermin didekati Mooney VR46 pula, Martin dan Aleix nasihati, peluang tidak sentiasa ada.


Selepas didatangi oleh pasukan Repsol Honda, Fermin kini didekati pula oleh Pasukan Mooney VR46. Ia berikutan keputusannya untuk terus kekal di Moto2 maka tawaran lumayan daripada HRC ditolak tanpa ragu. Walaupun begitu, tawaran terbaru daripada Mooney VR46 dilihat sedikit berbeza.

Dalam hal ini, Fermin telah mendapatkan nasihat daripada senior-senior yang rapat dengannya iaitu Jorge Martin Dan juga Aleix Espargaro. Memandangkan jentera yang ditawarkan ialah Ducati maka tanpa ragu, kedua pelumba MotoGP menasihati Fermin supaya menerima sahaja peluang yang datang itu.

Martin mengatakan walaupun Mooney VR46 menggunakan jentera yang tua setahun namun ia tetap mempunyai prestasi tinggi dan masih mampu menyaingi GP24 nanti. Aleix menambah peluang sebegini tidak sentiasa datang maka seharusnya dimanfaatkan oleh Fermin bagi menjamin masa depannya.

Comments

Follow Us