FIA berkemungkinan memanggil kembali Michael Masi.

📷f1


"No Michael no! That was not so right," itulah ungkapan terkenal Toto Wolf terhadap Michael Masi, bekas pengarah perlumbaan F1.

Presiden FIA Mohammed Ben Sulayem berkata beliau sendiri akan membawa Masi kembali ke arena jika FIA 'memerlukan' bekas pengarah perlumbaan itu.

Kembali pada tahun kontroversi itu, Masi merupakan pengarah perlumbaan yang berperanan dalam memastikan segala peraturan digunakan secara adil dan saksama ketika Lewis Hamilton dan Max Verstappen bertarung sengit dengan jentera sebelah menyebelah untuk Kejuaraan Pelumba.

Walaubagaimanapun, Max berjaya memotong Lewis pada pusingan terakhir perlumbaan sekaligus ditabalkan sebagai juara dunia 2021. 

Selepas musim 'finale' itu berakhir, Lewis dikatakan sedang merancang untuk bersara terus daripada F1 namun apa yang terjadi ialah Masi yang 'keluar' terlebih dahulu.

Kemarahan Mercedes sekalipun tidak menghalang Ben Sulayem apabila beliau sekali lagi menegaskan jika Masi adalah orang yang tepat untuk tugas itu, FIA sekali lagi akan memanggil beliau.

Comments

Follow Us