Hafizh Syahrin beri ‘hint’ jentera yang bakal digunakan pada 2024

 


Umum mengetahui bahawa tahun depan, Hafizh akan bersama JDT Racing team dalam memburu kejuaraan di ARRC. 

Sehubungan dengan itu pihak kami sempat bertanyakan kepada Hafizh Syahrin tentang perancangannya untuk musim hadapan di Litar Sepang, ketika saingan MotoGP Malaysia Minggu lalu. 

Lantas, kami sempat bertanya mengenai jentera apakah yang beliau akan gunakan dalam persaingan tersebut. Hafizh nyata tidak dapat memberikan jenama yang jelas kerana ianya tetap rahsia sehingga diberitahu kelak. 

Namun kami memberi 2 pilihan sama ada jentera Jepun ataupun Eropah. Nyata Hafizh berkata jentera beliau yang akan digunakan tahun depan adalah jentera Eropah. 

Tambahnya lagi, Jentera Eropah kini memplopori persaingan di kesemua kejohanan setakat ini dan baginya jentera eropah lebih relevan sekarang. 

Walaubagaimanapun keputusan pasukan tetap dibawah nasihat Hafizh Syahrin berkenaan jentera manakah yang bakal digunakan nanti. 

Jadi, jentera apakah yang bakal digunakan, BMW, Ducati atau brand lain? Kita nantikan. 

Comments

Follow Us