Topi keledar perlumbaan jalan raya premium SHOEI yang telah lama ditunggu-tunggu, X-Fifteen akhirnya tiba di Malaysia.
Sinar Puncak Sdn Bhd iaitu pengedar sah SHOEI secara rasminya telah memperkenalkan tawaran terbaru mereka di Lightbox, Sungai Buloh pada 28 Oktober 2023 (Sabtu).
SHOEI Malaysia menjadi tuan rumah dan menjemput 100 pemilik X-Fifteen PERTAMA untuk menghadiri acara pratonton eksklusif itu.
100 pemilik X-Fifteen PERTAMA mendapat peluang untuk memilih grafik pilihan dan memuktamadkan saiz dari sesi FIRST X-Fifteen PFS. Setiap pemilik akan menerima set hadiah X-Fifteen terhad eksklusif.
Helmet ini dibangunkan dan diuji dengan terowong (aerodynamic tunnel) untuk mencapai tahap aerodinamik lebih efisen sehingga mampu mencapai 350kmj keatas.
|
Advanced Integrated Matrix Plus (AIM+) Shell |
Dengan teknologi Multi-Ply Advanced Integrated Matrix Plus (AIM+) Shell, 6 lapis pelbagai bahan fibre ringan, high performance, organic fibre disatukan menjadikan material yang kukuh daripada hentakan.
|
MULTI-PIECE/MULTI-DENSITY EPS LINER |
Bahagian dalam pula dilengkapi Multi-Piece/Multi-Density EPS Liner yang membawa impact Absorption yang optimum terutama di bahagian-bahagian sensetif di kepala. Ia dapat mengurangkan retakan pada kepala apabila menerima hentakan yang kuat.
Bukan hanya dapat menjaga kepala, ianya juga direka supaya tidak panas dengan 7 closeable air inlets dan 6 air outlets dapat menghilangkan haba panas keluar daripada helmet.
Dengan 4 mm lebih dalam berbanding model terdahulu, ianya dapat memberi udara yang lebih banyak dan lebih selesa dipakai.
|
X-15 Cheek Pad Cooling System |
Tambahan, dengan pad dibahagian dagu (X-15 Cheek Pad Colling system), Shoei kali ini menambah lebih banyak lubang padanya.
|
All-new Pocket-shaped Center Pad |
Bagi aspek keselesaan, pad berbentuk poket serba baharu mempunyai lapisan berasingan. Ianya ditanggalkan untuk mengoptimumkan lagi keselesaan.
Kedudukan pad helmet juga mempunyai mekanisma pelarasan yang boleh diubah sehingga 4 darjah supaya dapat membantu untuk kita lebih selesa ketika menunduk.
|
ALL-NEW TWO-STAGE SHIELD LOCKING SYSTEM |
Dari segi fungsi, reka bentuk kanta 2 lapis ini memberikan kestabilan yang lebih baik semasa menunggang terutama ketika berkelajuan tinggi.
Dengan sistem penguncian perisai dua peringkat yang unik (racing sheild lock dan center locking mechanism], X-Fifteen menawarkan ketahanan terbaik terhadap impak kesan perisai yang tertanggal sekiranya terjatuh.
Di samping itu, mekanisme kunci ini adalah pencetus yang baru dibangunkan menghalang perisai daripada tertanggal selepas kemalangan atau kemalangan. Ianya juga akan menambah keyakinan yang lebih tinggi buat setiap penunggang.
Paling penting, X-Fifteen memenuhi piawaian keselamatan homologasi ECE22.06 dan FIM terkini. Untuk mengelakkan pengabusan dalam pelbagai keadaan cuaca, X-Fifteen dilengkapi dengan perisai/visor CWR-F2R yang mampu memberikan penglihatan yang jelas.
Sistem perisai dan plat asas CWR-F2R ini adalah yang paling canggih di pasaran sekarang apabila digabungkan dengan manik tingkap terbaharu, yang menghalang kemasukan angin dan air apabila perisai diikat.
Ianya tersedia dalam pelbagai warna dan grafik untuk memenuhi citarasa individu yang berbeza. Saiz topi keledar dari XS hingga XXL, untuk memastikan ianya sesuai untuk setiap penunggang.
SHOEI X-Fifteen kini boleh didapati pada harga runcit RM 2,850 [Plain], RM 3,350 [Grafik], RM 3,500 [Riders Replica].
Untuk mendapatkan Sesi Fitting, pelanggan disarankan pergi ke Gomoto Experience Lab untuk mendapatkan saiz yang optimum. Boleh melayari laman web ini https://www.facebook.com/MY.SHOEI [Facebook] atau https://www.instagram.com/shoeimalaysia/ [Instagram] untuk maklumat lanjut
Comments
Post a Comment