Honda beri izin kepada Marc untuk cuba Ducati

 

📷Marc Marquez

Umum mengetahui bahawa Marc Marquez telah memutuskan kontrak bersama Honda sebelum habis kontrak sebenar iaitu tahun depan. 

Dengan tindakan ini, kebiasaanya pasukan kurang senang dan semestinya mereka akan menyukarkan pelumba tersebut selepas kerjasama mereka tamat. Tambah pula pelumba tersebut adalah Marc Marquez.

Namun apa yang mengejutkan, Honda kali ini memberi izin kepada Marc untuk cuba jentera di Valencia test akhir musim ini sebelum tahun 2024 bermula. 

Ini di sahkan sendiri oleh Alberto Puig yang menyatakan tiada masalah untuk Marc mencuba jentera tersebut di valencia nanti. 

Sementara itu Marc juga berpendapat bahawa Hubungan mereka dengan Honda masih baik dan beliau berkata kemungkinan cara memutuskan hubungan tersebutlah menyebabkan dia dapat izin test. 

Daripada ayat Marc ini kemungkinan tuju kepada Rossi yng meninggalkan Honda secara tidak baik dan Honda ‘hukum’ Rossi dengan tidak boleh test sehingga kontrak tamat. 

Comments

Follow Us