- Get link
- X
- Other Apps
Selepas pinangan Honda kepada kesemua pelumba aktif MotoGP tidak kesampaian, kini Honda nampaknya mula mencari pelumba muda di kelas Moto2.
Pelumba yang dikaitkan sekarang adalah pelumba Muda yang baru berumur 18 tahun iaitu Fermin Aldeguer daripada pasukan Boscoscuro Speed Up.
Tidak dinafikan Fermin mempunyai ciri-ciri pelumba terbaik dunia yang disifatkan mampu menjadi pelumba masa depan dan layak jika menggantikan tempat Marc Marquez.
Honda sebenarnya masih mencari pelumba MotoGP yang aktif antaranya yang dilamar adalah Johann Zarco dan Luca Marini. Fabio Digiannantonio juga tersenarai tetapi seat itu ditawarkan oleh beliau sendiri kepada Honda.
Namun, setelah beberapa tahun terakhir ini Honda melihat kurangnya impak pelumba yang berpengalaman memacu jentera RC213V seperti Pol Espargaro, Jorge Lorenzo dan Joan Mir, maka Honda mungkin mencari pelumba muda baharu.
Pelumba Rookie sebenarnya berkemungkinan lebih mudah untuk diserasikan kepada sesebuah jentera kerana mereka akan set riding style nya sendiri kepada Jentera Honda berbanding pelumba pengalaman yang masih tidak boleh ‘move on’ dengan cara menunggang jentera sebelumnya.
Jadi, dikhabarkan Fermin ditawarkan kontrak 2 tahun bersama Honda Repsol. Jika ianya menjadi, kemungkinan kebangkitan Honda mula terasa seperti Marc Marquez.
Disebalik khabar angin ini, tempat Fabio Digiannantonio kini mula tidak selamat untuk terus kekal di kancah MotoGP.
Untuk rekod, Fabio Quartararo dulu juga seperti Fermin di Moto2 dulu menunggang jentera Speed Up dan ketika diambil ke MotoGP, beliau terus perform di Yamaha. Adakah Fermin pilihan yang baik? Kita nantikan
Comments
Post a Comment