- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang Malaysia hanyalah berlangsung sekali dalam setahun. Sememangnya ini litar yang digemari oleh ramai pelumba kerana cuacanya yang kering dan panas serta reka bentuknya yang mencabar.
Kali ini pemilik-pemilik motorsikal berjenama Husqvarna tidak melepaskan peluang untuk turut memeriahkan suasana bila mana menjayakan satu program konvoi yang bermula dari Welly Sungai Buloh ke Litar Sepang.
Untuk pengetahuan semua, bukan hanya Husqvarna malah banyak lagi jenama lain dan juga kelab-kelab permotoran di seluruh Malaysia membanjiri kawasan parking di sekitar Litar Sepang.
Kali ini kami berpeluang untuk menyertai konvoi Husqvarna bila mana pihak Husqvarna Motorcycle Malaysia menyediakan sebuah motorsikal Vitpilen 401 kepada kami. Ini bertujuan untuk kami merasai sendiri kelincahan dan kebolehan motorsikal tersebut seterusnya berkongsi kepada seluruh peminat dua roda Malaysia.
Seramai 12 penunggang yang menggunakan jentera Husqvarna berkumpul di Welly Sungai Buloh sekitar jam 8 pagi dan memulakan perjalanan dalam jam 9 pagi.
Keadaan jalan raya ketika itu amat sesak kerana waktu tersebut bertembung dengan cuti Deepavali. Ramai masyarakat mengambil peluang ini untuk meluangkan masa dengan keluarga seperti menonton perlumbaan MotoGP, berkelah dan pulang ke kampung.
Walaupun jalan raya begitu sesak namun perjalanan yang ditempuh oleh kami bersama Husqvarna agak lancar dan mengambil masa sekitar satu jam untuk tiba ke destinasi. Tunggangan yang bersahaja dapat kami lakukan memandangkan prestasi jentera-jentera Husqvarna yang begitu lincah dan ringan. Penggunaan petrol juga amat jimat di mana kos pergi dan balik hanyalah sekitar RM7 sahaja.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment