Kecepatan jentera Moto2 yang menakjubkan.

Daripada enjin 4 silinder, Honda CBR600 kini jentera-jentera Moto2 menggunakan enjin 3 silinder bersesaran 765cc daripada Triumph. Ternyata perubahan tersebut memberi kesan dan Perubahan yang amat signifikan kepada prestasi jentera.

Untuk pengetahuan kita bersama kelajuan maksimum jentera-jentera Moto2 kini yang pernah direkodkan ialah 302km/j. Kecepatan dan kelajuan seperti ini amat diperlukan pada keadaan sekarang kerana jentera-jentera MotoGP telah mula mencecah 350km/j. Ia bagi mengurangkan jurang perbezaan antara jentera Moto2 dan MotoGP agar para pelumba nanti tidak begitu kekok dengan kelajuan MotoGP dan dapat beradaptasi dengan cepat.


Comments

Follow Us