- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Dengan tamatnya perlumbaan Moto3 di Litar Losail, Qatar semalam, Jaume Masia dari Pasukan Leopard Racing dinobatkan sebagai juara Moto3 musim ini, meninggalkan Ayumu Sasaki ditempat kedua dengan jurang 28 mata untuk menamatkan saingan Moto3 di Valencia hujung minggu ini.
Walaupun Juara Dunia Moto3 telah termaktub diatas kertas namun tindakan Masia serta rakan sepasukan beliau, Adrian Fernandez keatas Sasaki mengundang kecaman dari peminat MotoGP sehingga laman sosial MotoGP, Leopard Racing dan laman peribadi Masia diserang warganet.
Bukan sekali malah tiga kali Masia menghimpit Sasaki di selekoh. Tidak cukup dengan itu, rakan sepasukan Masia, Fernandez turut melakukan kekerasan keatas Sasaki. Paling mengejutkan semua pihak apabila Masia hanya diberikan amaran keatas tindakan beliau terhadap Sasaki.
Sejujurnya, kedua-dua pelumba iaitu Masia dan Sasaki amat berbakat dan layak menjadi juara dunia Moto3 namun tindakan keras Masia ketika perlumbaan semalam menghilangkan rasa hormat dari peminat MotoGP walaupun beliau bergelar juara semalam.
Tindakan ‘race director’ yang tidak konsisten membuat keputusan apabila berlaku insiden didalam litar juga mengundang kecaman warganet. Adakah benar MotoGP hanya untuk Sepanyol kerana Dorna dari Sepanyol?
Adakah dengan insiden-insiden seperti ini menjadikan jumlah peminat Kejohanan MotoGP serata dunia semakin berkurang? Kejuaraan telah diraikan, protes telah dimajukan, hanya masa dapat menentukan pengakhiran episod ini namun min percaya ianya tidak akan mengubah keputusan perlumbaan semalam.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment