Kelab Sukan F3000 Powerboat Tandatangan Memorandum


📷F3000powerboat.opc

Deruman enjin di daratan sudah biasa kita dengar namun sudah lama tidak kedengaran deruman enjin di lautan. 

Pada 14-15 november lalu berlangsungnya pameran Mimex iaitu (Malaysia International Marine Expo) yang diadakan di pusat pameran KLCC. 

Apa yang menarik adalah sebuah jentera rare iaitu F3000 powerboat dipamerkan disana menunjukkan bakal kembalinya acara sukan air yang berprestij tersebut.

Deruman enjin ketika perlumbaan nyata memberi kepuasan untuk peminat permotoran.


Pertunjukan ini sekaligus memberi pendedahan bahawa sukan ini masih ada di Malaysia. 

Selepas Covid 19, acara ini tidak lagi dianjurkan di mana-mana tasik atau pantai. Namun kelab sukan ini masih komited mencari penaja untuk terus menganjurkan acara ini kerana sukan ini mampu menarik pelancong dalam dan luar negara. 

Tambahan, masih ramai rakyat Malaysia mempunyai minat dalam sukan ini. 

F3000 powerboat juga selesai manandatangani memorandum strategi untuk membangunkan projek prototaip Green Teknologi Elektrik dengan menggunakan Eco Surface Drive Marine Propulsion. 

Pengerusi kelab iaitu Robert Fernandez dan Ezzat Tahir yang mewakili acara tersebut merasakan seperti mendapat nafas baharu dan berharap sukan ini dapat dirancakkan semula di Malaysia. Ini kerana banyak pelapis-pelapis dalam negara mempunyai bakat yang perlu diketengahkan di peringkat dunia. 





F3000 kini giat berusaha untuk menganjurkan kembali acara ini dan tempat yang ingin dianjurkan adalah di Port Dickson. 

Bagi penaja yang berminat untuk merealisasikan acara ini boleh berhubung terus dengan mereka di laman Facebook F3000 powerboat atau email. 


Comments

Follow Us