- Get link
- X
- Other Apps
📷Michael Hill |
Selepas melalui musim yang sukar di Moto3 pada 2020, Khairul Idham pawi berhenti berlumba di mana-mana kejohanan sama ada tempatan mahupun di peringkat Asia.
Namun, siapa sangka, pada tahun 2021, beliau kembali ke kancah perlumbaan tempatan dan kembali bergiat aktif dalam dunia permotoran
Beliau bersaing di ARRC pada 2022 dan 2023 di kelas 600cc memacu jentera Honda. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, musim depan, SuperKIP akan kembali ke pentas dunia WSBK bersama pasukan Petronas MIE Racing Team di kelas WSSP menggantikan Adam Norrodin yang pergi ke kelas WSBK.
Pemenang 2 kali Moto3 tersebut akan bergandingan dengan bekas pelumba Moto3 daripada Jepun iaitu Kaito Toba.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment