- Get link
- X
- Other Apps
Saingan MotoGP sejak kebelakangan ini memperlihatkan penurunan prestasi jentera-jentera dari Jepun iaitu Honda dan Yamaha. Walaupun Fabio Quartararo dan Alex Rins berjaya memenangi perlumbaan musim ini, jentera keluaran Eropah menguasai 9 kedudukan teratas didalam carta kejuaraan pelumba MotoGP dan tiga teratas carta pengeluar jentera MotoGP 2023.
Sedar dengan jurang teknikal yang semakin membesar antara jentera Eropah dan Jepun, MSMA memperkenalkan sistem konsesi baharu bagi jentera-jentera yang bertanding didalam MotoGP berdasarkan pungutan mata setiap musim, berbeza dari sistem konsesi terdahulu dimana jika pengeluar telah menduduki podium, konsesi akan digugurkan dari pengeluar tersebut.
Nota :
* Jumlah sebenar akan ditetapkan apabila musim 2024 bermula dan berubah apabila berlaku perubahan kelompok konsesi.
** Jumlah tambah baik aero mungkin berubah berdasarkan perubahan kelompok konsesi.
Sistem konsesi baharu dibahagikan kepada empat iaitu A,B,C dan D berpandukan jumlah pungutan mata keseluruhan sepanjang musim 2023. Berikut merupakan tahap konsesi bagi setiap pengeluar jentera yang bertanding.
KTM: 373 points = 51% (Ranking C)
Aprilia: 326 points = 45% (Ranking C)
Yamaha: 196 points = 27% (Ranking D)
Honda: 185 points = 25% (Ranking D)
Dengan pengenalan sistem konsesi baharu ini, Ducati akan kehilangan keistimewaan untuk menempatkan pelumba ‘wildcard’ sepanjang musim 2024 manakala pelumba tetap Honda dan Yamaha boleh mengikuti sesi ‘private test’ pasukan dengan lebih kebebasan untuk menukar enjin serta mengubahsuai enjin.
Penetapan kelompok konsesi bagi setiap pengeluar akan diambil kira dari perlumbaan pertama hingga akhir musim hadapan serta perlumbaan pertama selepas cuti musim panas sehingga perlumbaan pembukaan bagi musim berikutnya.
Jika berlaku perubahan kelompok konsesi pengeluar jentera didalam jarak/masa yang ditetapkan, pengeluar tersebut akan berdepan dengan perubahan jumlah penggunaan tayar, jumlah penukaran tayar, aero keatas jentera, penyertaan pelumba tetap ketika sesi ‘private test’ serta kadar elaun bagi pelumba ‘wildcard’. Ianya akan ditambah atau dikurangkan apabila pengeluar bertukar dari kelompok konsesi sekarang.
Walaupun sistem konsesi ini mendapat tentangan dari pengeluar-pengeluar jentera Eropah semasa ia mula dibentangkan namun akhirnya kesemua pengeluar yang bertanding didalam MotoGP bersetuju dengan perlaksanaan tersebut. Semoga dengan penetapan konsesi baharu ini, ianya dapat memberi sinar kepada jentera lumba keluaran Jepun.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment