Kontrak Marini dan Honda selama 2 tahun?

 


Difahamkan nama pelumba yang bakal menggantikan Marc Marquez didalam Pasukan Repsol Honda akan diumumkan menjelang ValenciaGP minggu ini dan pelumba yang dikaitkan untuk menyertai pasukan tersebut adalah Luca Marini dari Pasukan Mooney VR46, adik Valentino Rossi. 

Ketika perlumbaan MotoGP di Buriram tempohari, kelihatan Alberto Puig berbincangkan dengan Marini mengenai peluang untuk mereka bekerjasama pada musim hadapan dan durasi kontrak yang ditawarkan kepada Marini adalah 2 tahun, berbeza dengan durasi kontrak yang ditawarkan kepada Fabio Di Giannantonio dan Miguel Oliveira iaitu setahun.

Bercakap kepada media, Marc Marquez amat terkejut dengan tawaran kontrak yang dibuat Honda kepada Marini kerana beliau hanya mengikat kontrak bersama Gresini selama setahun, dengan erti kata lain beliau tidak dapat kembali beraksi bersama Honda seawal musim 2025.

Walaupun kontrak Honda dan Luca Marini belum diumumkan secara rasmi namun pemerhati MotoGP menyifatkan ianya telah dimaterikan sebelum ini ketika QatarGP berlangsung. 

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us